hai..
Dalam kesibukan, luangkan sedikit masa untuk datang ke blog sy ni...
saya sekali lagi akan kongsikan salah satu daripada peristiwa yang pernah terjadi dalam kehidupan saya yang mungkin sama dengan anda. kehidupan sebagai seorang penuntut adalah maksud saya. kali ini, saya akan menguploadkan beberapa gambar saja yang saya "korek" dalam simpanan untuk tatapan bersama.
1. bilik kuliah utama
cantik kan, ini adalah bilik kuliah utama di Institute Pertanian Sabah. ada aircond and tempat duduk y sangat selesa. canggih dan berikan mood belajar yang sangat baik. saya sangat suka duduk depan, di kerusi pertama atau kedua.. saya masih ingat, di bahagian depan, saya akan duduk dengan azura dan paulina. barisan kedua, semasa semester 2 saya akan duduk dengan Frederica. (saya dan Frederica ada cerita lucu masa kami sama-sama duduk sewaktu kelas Kejuruteraan. Sir Jamilus) lucu sangat.
2. yang ini adalah gambar di unit ternakan poultry. disini kami akan buat amali ada projek pelihara ayam. kena bangun pagi jam 3 untuk ke kandang. kami jalan tengah malam buta dalam kumpulan. paling takut adalah ular. apa lagi pernah sekali kawan-kawan lelaki tangkap ular sawa panjang sangat-sangat dan besar sangat. tapi itu semua bukan halangan bagi kami jayakan projek ayam kami.
Kenangan paling best dengan group kami, masa kerja ladang. sebabkan sudah siap cari dan cabut rumpai di bunga Sir Lawajah (Arachis Pintoi)... kami ternampak Sir Gambar angkat jala, kami satu kumpulan beramai-ramai tolong Sir Gambar jala ikan d kolam depan tu. walaupun ikan bukan banyak dan bukan besar mana, tapi kami sangat suka masa tu.. kami saja yang faham keadaan masa tu.
3. yang ini di mana ya????
hmmm ni bukan di oversea tau, gambar ini saya ambil di IPS hehehhe... ingat tak selekoh selepas simpang ke kampung baru, lepas pondok security tu, tempat budak lelaki "short-cut"ke padang bola?? bawah blok asrama lelaki. cantik kan?
di sini saya tak tau nak cakap apa la. tapi yang sy ingat, gambar ni saya ambil dari blok asrama senior perempuan d blok B. waktu pagi sebelum turun ke plot sawit untuk bersihkan barisan pokok kelapa sawit yang berpuluh-puluh tu... huhuhuhu