macam ni la keadaan kampung kirokot pada 5 tahun yang lalu, embun pagi sentiasa jelas kelihatan setiap kali awal pagi dan sebelum matahari terbenam
kuharapkan Kirokot masih tetap hijau pada 10 tahun akan datang.
(alat y dinamakan Wakid yang digunakan oleh masyarakat Dusun yang tinggal di Kampung Kirokot Tambunan. ia digunakan untuk mengangkut benda-benda berat. biasanya digunakan oleh kaum wanita. lelaki jarang2 menggunakannya kerana lelaki Dusun lebih cenderung Memikul benda atau beban berat kerana mereka mempunyai daya kekuatan yang luar biasa.
alat ini biasanya digunakan untuk mengangkat padi iaitu sewaktu musim selesai menuai padi (sebelum bulan mei) iaitu semasa Mirangkat.
masihkah sy boleh lihat dan rasai pengalaman berharga seperti ini satu masa nanti?? adakah generasi masa hadapan kaum saya masih mengenali dan melalui pengalaman seumpama ini??
hidup dan membesar di Kampung Kirokot adalah satu takdir yang amat sy syukuri kerana masih jauh dari pencemaran kota apatah lagi pencemaran budaya. huhuhu
mahal tau tu Wakid.. ada g ka sumandak/tanak wagu y pakar buat tu zmn skrg??
ReplyDeletesy pun nda tau la.... mungkin ada tapi y di pisuk2 saja..
ReplyDelete