MARAH???
setiap manusia normal pernah dan sering mengalami perasaan marah. ini mungkin disebabkan oleh diri sendiri atau persekitarannya. saya akan bagi beberapa tips untuk mengurangkan perasaan marah anda. mungkin ia dapat membantu.
1. fikirkan pandangan orang lain jika anda marah pada masa tersebut
2. fikirkan layakkah anda marah pada keadaan waktu itu.
3. Bayangkan diri anda seperti seekor naga yang hodoh dan buruk
4. Bayangkan anda tidakla sekuat mana yang anda fikirkan.
5. Bayangkan apa yang akan terjadi jika anda melepaskan kemarahan pada masa ini.
6. Bayangkan orang akan mentertawakan anda kerana melempiaskan kemarahan seperti orang gila.
7. Fikirkan, wajah anda sewaktu marah sangat tidak menakutan tapi sangat meLUCUkan.. wahahahahah
perhatikan orang yang sedang marah, dia tidak akan dapat mengawal diri dan mengeluarkan segala kata-kata yang mungkin anda tak sangkakan dan apakah yang anda fikirkan pada masa dia sedang marah? jika benar anda bersalah dan dimarahi, tidak mengapa, tapi bayangkan jika anda juga menerima tempias kemarahan orang lain. satu perasaan yang dasyat bukan? Jadi fikirkan jika orang itu adalah anda. Tidak kah anda kasihan pada diri anda yang akan dipandang serong oleh orang lain hanya kerana melempiaskan perasaan marah anda tanpa kawalan?
jika anda terasa anda akan marah, ikut tips ni
1. Senyum
2. Larikan diri anda daripada tempat tersebut (lari tak semestinya takut)
3. Minum air jernih (masak)
4. Fokuskan ke muka orang yang menyebabkan anda marah dan lihat perubahan wajah tersebut dan anda pasti akan tergelak. gelak la dan barulah tegur dengan cara yang pro. teguran sederhana anda (bukan marah-marah) akan berkesan di hati orang lain. tak percaya?? cubalah.
pada saya, orang yang memberikan alasan tidak dapat berfikir sewaktu marah adalah orang GILA.. dia sebenarnya boleh berfikir dan dapat mengawal kemarahan atau dikawal tetapi sifat dan cara ajaran yang menyebabkan dia menjadi sedemikian.
KEHEBATAN SESEORANG BUKAN DILIHAT PADA PANGKAT ATAU KEKAYAANNYA TETAPI KEUPAYAANNYA MELAWAN DAN MENGAWAL PERASAAN MARAHNYA.
anda akan lebih selesa apabila anda menegur selepas anda marah.
No comments:
Post a Comment