Thursday, 15 September 2011

Institute Pertanian Sabah


DI SINI SEGALANYA BERMULA
post ini saya tujukan buat kawan-kawan saya batch 13 di IPS. Takda mau buat apa-apa kan, jadi saya melepakla di sini blog saya. mengimbas kembali kenangan musim budak IPS. 
Saya sangat Tahu yang bukan saya seorang yang berbangga menjadi warga IPS. 
entah di mana sudah kawan-kawan yang lain.. yang sudah kerja, selamat berkerja!!!!!!! 
yang sambung belajar, rajin rajinla belajar!!!!!!!!!
yang sedang menganggur, GOOD LUCK!!!!!!!!!

ini adalah bangunan pusat sumber yang terletak betul2 di bawah blok asrama perempuan. gambar yang diambil oleh "sy nda ingat" selepas hujan ni. 

ni semestinya gambar masa semester 1 kan. tanam timun dan tanam sayur bayam. sangat sakit hati waktu ini sebab terpaksa tanam tiga kali disebabkan itu sapi Sir Sylvester yang telepas. Balik cuti, ingatkan lepas tu bolehlah harvest, rupanya balik2 saja tinggal batang dan akar saja lagi. adui TEKANAN betul masa tu. Nasib baik buah timun menjadi la. 
tengok lagi background yang paling jauh tu, kami panggil masa tu adalah KUBURAN CINI.. sebab banyak papan tanda nama di bukit tu. yang itu KONONnya adalah projek nanas Mrs SITI. Kelas pertama amali kami untuk semester satu adalah bersihkan satu bukit tu, sampai nampak tanah ya..... lepas tu tanam nanas ikut kumpulan. sudah la, ada penyengat lagi tu. BISA GAWAT masa tu. Sudah tu kumpulan saya perempuan 9 orang dan 1 orang saja lelaki yang kami panggil bapa. apapun, kami tetap TEGAP berdiri, lawan kumpulan yang lain.. heheheh
dan kesimpulannya, malang sekali sebab nanas tak menjadi. mungkin tanah tak sesuai kot.. tak baik menanam sambil marah-marah kan.. hikhikhik

ini merupakan blok pentadbiran.  segala urusan pelajar termasuklah DC disinilah... Hahahah, siapala budak bertuah tu yang pernah masuk DC... (bukan aku bukan aku)

 ada satu masa yang semua penuntut akan datang ke pejabat ini iaitu pada musim elaun. walaupun waktu saya menuntut di IPS, elaun yang diberikan cuma RM50.00 tapi ia cukup bermakna masa tu sebab siapala yang boleh bagi duit free2 mcm tu dulu kan. Cash lagi tu, tapi dengan syarat mesti kena bagi tengok matrik kad. Sir Bendahari la yang sangat sibuk bila tiba masa elaun keluar.


yang ni, gambar I and very close friend of mine. Gambar ni diambil sewaktu kami semester 4 sebelum pergi LI.. dari Unit Bunga (Mrs. Bertha) sempat lagi sy mengambil bunga untuk ditanam di dalam blok. bunga tu saya "wariskan"kepada junior yang bernama Nora Bianus.
yang ini pula gambar kami dekat Unit Lebah Madu. Saja-saja merakam detik masa yang pasti akan menjadi kenangan. masa ini saya tidaklah perasan atau sedar akan kepentingan camera.. apapun thanks kepada kamera Canon Cybershoot sy... heheheh

nanti saya uploadkan lagi gambar2 yang saya pernah terambil masa di IPS. 

2 comments:

  1. bulih tahan gea ni..keep it up sis

    ReplyDelete
  2. A moment to remember...teringat balik semua memory di IPS...bah, kalau ada umur yang panjang, kita buat reunion bei...kumpul balik semua kawan-kawan lama...mesti meriah+happy+gumbira tu kan...hohoho

    ReplyDelete